Thursday 26 November 2015

Sejarah Penggunaan Dan Kajian Daun Pokok Stevia

Bibit Stevia Manis

Sejarah Pengguna Stevia Di Eropah

Kegunaan stevia sebagai pemanis mula disedari oleh orang Eropah pada kurun ke-16. Sejak itu, ia mula digunakan dengan meluas di Eropah sehinggalah di bawa ke Asia. Walaubagaimanapun kajian terhadap Stevia hanya mula dilakukan pada awal kurun ke 19 apabila para pengkaji di Brazil mendengar cerita yang sehelai daun stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan juga secawan teh herba yang kelat.
Ciri paling unik mengenai Stevia ialah ia merupakan pemanis semula jadi yang tidak mengandungi kalori. Di percayai secara tradisional, stevia mengandungi sifar kalori, lemak, kolestrol, gula dan karbohidrat. Ekstrak stevia dikatakan 300 kali lebih manis dari gula biasa. Ciri ini telah menarik minat para pengkaji untuk menjalankan kajian terhadap Stevia.
Kajian terhadap kandungan toksidnya, mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu steviosid dan ia tidak bertoksid. Ia juga didapati tidak menyebabkan mutasi sel dan tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan. Walaubagaimanapun terdapat konflik terhadap kajian kesuburan yang dikaitkan dengan stevia. Satu kajian mendapati ia tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan, manakala satu kajian lain mendapati air yang diekstrak daripada daun stevia didapati menurunkan paras testostron dan bilangan sperma bila diuji pada tikus jantan.
Daun Stevia

Kajian Saintis Brazil Mengenai Stevia

Kajian saintis Brazil pada tahun 1991 mendapati steviosid berkeupayaan untuk menurunkan tekanan darah pada tikus. Daripada penemuan ini, satu lagi ujian dilakukan pada tahun 2000. Kali ini subjeknya merupakan 106 orang berbangsa Cina (lelaki dan perempuan) yang mengalami penyakit darah tinggi. 60 subjek diberikan kapsul yang mengandungi 250mg steviosid 3 kali sehari.
Pemeriksaan terhadap subjek dilakukan sebulan sekali selama satu tahun. Selepas 3 bulan, tekanan darah sistolik dan diastolik telah menurun dengan ketara dan kesannya berkekalan sepanjang tahun. Hasil dari kajian ini saintis merumuskan steviosid yang diambil secara oral adalah berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan ia mungkin boleh dipertimbangkan sebagai bahan altenatif atau suplemen untuk pesakit darah tinggi.
Satu kumpulan saintis lagi melakukan ujian terhadap kesan hipoglisemik glikosid yang terdapat dalam stevia. Mereka juga mengkaji kesan terhadap pengeluaran glukos terhadap glikosid, steviol, isosteviol dan glukosilsteviol. Steviol didapati tidak menghasilkan glukos. Pada tahun 2000 juga, para pengkaji di Denmark telah menjalankan satu kajian yang menunjukkan tindakan hipoglisemik in vitro yang dilakukan oleh steviosid dan steviol adalah hasil daripada keupayaan kedua-duanya menghasilkan insulin melalui tindakan terus terhadap sel-sel beta. Mereka merumuskan hasil kajian mendapati sebatian ini mungkin mempunyai potensi untuk menjadi agen anti-hipeglisemik dalam rawatan diabetes mellitus jenis 2.
Stevia berasal daripada kawasan tropika dan sub-tropika di Amerika Selatan dan Amerika Tengah, ada yang menyatakan ia berasal dari Paraguay.
Selain untuk landskap, stevia digunakan secara meluas sebagai pemanis. Namun, stevia yang biasa digunakan sebagai pemanis ialah daripada spesies rebaudiana.
Stevia Pengganti Gula

Sejarah Daun Stevia Dan Kaum Red Indian Guarani di Paraguay

Ia mula digunakan kaum Red Indian Guarani di Paraguay sejak 1500 tahun lalu sebagai pemanis teh herba dan makanan mereka. Mereka juga menggunakan Stevia sebagai penawar menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing dan merawat luka terbakar.
Pakar botani Paraguay, Moises S Bertoni banyak menulis mengenai tumbuhan ini sehingga ramai yang tahu keunikan dan kelebihannya.
Uniknya, stevia adalah pemanis semula jadi yang tidak mengandungi kalori dan ekstraknya dikatakan 300 kali lebih manis daripada gula biasa. Kajian mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu steviosid tidak mengandungi toksid.
Ia juga didapati tidak menyebabkan mutasi sel dan tidak memberi kesan terhadap kesuburan, namun terdapat konflik terhadap kajian kesuburan stevia.
Satu kajian mendapati ia tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan, manakala satu kajian lain mendapati air yang diekstrak daripada daun stevia didapati menurunkan paras testostron dan bilangan sperma bila diuji pada tikus jantan.
Hasil dari kajian ini saintis merumuskan steviosid yang diambil secara oral adalah berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan ia mungkin boleh dipertimbangkan sebagai bahan alternatif atau tambahan untuk pesakit darah tinggi.
Ada pendapat menyatakan stevia juga digunakan sebagai tonik untuk jantung dan berfungsi menstabilkan tekanan darah serta degupan jantung.
Kini, berjuta-juta orang di Brazil dan Jepun menggunakan stevia sebagai perisa makanan dan pemanis semula jadi, malah menjadi perisa makanan diluluskan sejak 20 tahun lalu.

Penduduk Jepun Menggunakan Stevia Secara Meluas

Penduduk Jepun adalah pengguna paling besar menggunakan stevia untuk memaniskan hampir semua produk makanan termasuk jeruk, minuman ringan dan coklat.
Malah, dilaporkan syarikat pengeluar minuman seperti Coca Cola menggunakan ekstrak stevia sebagai gantian kepada NutaSweet dan sakarin untuk produk mereka yang dipasarkan di Jepun, Brazil dan Kanada.

Amerika Syarikat Larang Guna Stevia

Di Amerika Syarikat, stevia menjadi bahan larangan yang tidak boleh digunakan terhadap produk makanan. Ini mungkin kerana monopoli pengeluar pemanis tanpa kalori sintetik yang terdapat di sana.
Kredit: http://www.steviamanis.com/