Monday 25 January 2016


Kelebihan Dr Sweet Goat Milk dari SteviaSugar Corporation


Rata -rata sebahagian rakyat di Malaysia mengambil sarapan dengan segelas kopi ataupun teh supaya kehidupan seharian lebih bertenaga.Namun, tidakkah anda pernah mencuba minum susu kambing di pagi hari? Untuk pengetahuan anda,susu kambing memiliki banyak manfaat untuk kesihatan kita semua.Disamping itu,susu kambing juga adalah minuman terbaik di dunia selepas susu ibu.Susu kambing juga mudah dihadam berbanding dengan susu lembu,kerana ia memerlukan hanya 20minit untuk dihadam berbanding susu lembu proses penghadaman mengambil masa 2jam!Jadi disini,susu kambing lebih berkhasiat daripada susu lembu.

Susu kambing merupakan susu yang dihasilkan dari kambing betina setelah melahirkan. Sama seperti dengan manusia, dalam jangka waktu 1-3 hari kambing betina tersebut akan menghasilkan susu kolostrum yang kaya dengan zat gizi. Meskipun susu kambing belum cukup popular di luar negara, namun yang harus anda ketahui adalah susu kambing memiliki kualitas yang tinggi serta kaya akan vitamin seperti, Vitamin A, Vitamin B, Vitamin B2, Vitamin C, Vitamin D, laktosa, nitrogen, kalsium, zat besi, fosfor dan juga protein. Sehingga susu kambing sangat baik untuk kita demi menjaga kesihatan tubuh dalam seharian.


Kami di SteviaSugar Corporation telah mengeluarkan satu susu kambing yang sangat istimewa dan terlaris di pasaran.Buat masa kini,penjualan sehari boleh mencecah 200 tin susu kambing !! Susu kambing dari SteviaSugar Corporation amat berbeza berbanding produk susu kambing di luar kerana kami menjaga kualiti produk kami supaya ia dapat memuaskan hati pihak pengguna.Susu kambing dari kami juga bukan sahaja sesuai diminum oleh golongan dewasa malah kanak-kanak juga sesuai..
.

Kelebihan susu kambing kami,(Dr Sweet Goat Milk) daripada susu kambing yang dikeluarkan oleh syarikat lain ialah kerana susu kambing kami dicampur dengan stevia,iaitu,pemanis semulajadi tanpa kalori terbaik daripada tumbuhan Stevia Rebaudiana.Stevia sangat berguna untuk pesakit diabetis,tekanan darah tinggi,gusi dan gigi,penghadaman,penjagaan kulit,penagihan dan tonik kardio.Dr Sweet Goat Milk juga tidak mempunyai bau hamis kambing malah enak diminum setiap masa.


Untuk mendapatkan produk Dr Sweet Goat Milk kami yang laris di pasaran,anda boleh menghubungi kami di talian 03-21660445 atau anda boleh membuat pesanan dengan menghantar email pd kami di info@stevia.com.my

Thursday 21 January 2016



MANFAAT TEH YANG PATUT DEKETAHUI OLEH SEMUA



Menikmati teh bukanlah suatu yang asing bagi sebahagian penduduk dunia. Teh menjadi pilihan untuk dinikmati tidak kira waktu pagi, petang ataupun malam dari tempat mewah hingga ke warung-warung di tepi-tepi jalan.

Bangsa Inggeris mempunyai kebiasaan minum teh pada waktu petang. Tradisi yang dipanggil ´evening tea´ ini kebiasaannya dilakukan sekitar jam 5.00 petang. Segala kegiatan apabila masuk waktu tersebut perlu dipenuhi dengan acara minum teh.

Dikatakan amalan ini diperkenalkan oleh Duchess of Bedford pada tahun 1788. Beliau mengundang teman-temannya untuk minum teh pada setiap pukul 5.00 petang di Belvoir Castle. Kebiasaan itu pula dilakukan oleh teman-temannya bersama keluarga mereka. Maka tersebarlah tradisi minum teh pada waktu petang.

Manakala istilah ´teh tarik´ pula begitu sinonim dengan rakyat Malaysia. Teh tarik ialah teh yang dicampur dengan susu, kemudian dituang dari satu gelas ke gelas yang lain setinggi mungkin seperti air yang sedang ditarik. Dikatakan Marie de Rabutin Chantal dan Marquise de Seven adalah antara orang yang pertama yang mencampurkan susu ke dalam teh.

Masyarakat Jepun terkenal mempunyai upacara minum teh yang khas dan unik. Malah, tradisi itu diajar di sekolah dan menjadi sebahagian dari kurikulum pendidikan mereka. Di Jepun, teh juga digunakan sebagai minuman penenang ketika bermeditasi.

Teh diolah dengan pelbagai aroma dan campuran seperti teh halia, teli herba, teh hijau, teh chamomile dan lain-lain menjadikan ia bertambah enak untuk dinikmati.

Di sebalik kenikmatan dan kelazatan teh, terkandung juga khasiat yang menyihatkan badan dan mampu mencegah dari serangan penyakit terutama sekali teh hijau. Banyak kajian telah membuktikan antioksidan yang terdapat dalam teh dapat melindungi tubuh daripada penyakit tertentu seperti masalah kardiovaskular, stroke dan kanser. Flanovoid iaitu sejenis antioksidan yang terdapat dalam 3 cawan teh adalah lapan kali lebih kuat dari yang diperoleh daripada sebiji epal.

Sehubungan dengan itu,kami dari SteviaSugar Corporation mempunyai produk teh yang sangat istimewa iaitu DR SWEET TEA,dimana ia amat sesuai untuk anda menikmati seisi keluarga.


Berikut adalah khasiat DR SWEET TEA dari SteviaSugar Corporation secara ringkas :


  • Mengurangkan berat badan
  • Menurunkan kadar gula dalam darah
  • Mengurangkan risiko karies gigi
  • Meningkatkan pengeluaran peluh
  • Seimbangkan tekanan darah tinggi,membantu penghidap diabetis
  • Membersihkan buah pinggang dan usu serta mencegah kanser perut
  • Mencegah kanser
  • Mengandungi Flavonoids :antioksida yang kuat,mencegah kanser
  • Kandungan Vitamin C yang tinggi
Bersama kita sebarkan kebaikan Dr Sweet Tea yang sangat istimewa dari kami!!


Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang produk-produk kami,anda boleh melayari laman web di www.stevia.com.my atau untuk pembelian anda boleh menghubungi kami di talian 03-21660445

Tuesday 19 January 2016

Resepi Puding Roti yang sihat 
    dari SteviaSugar Corporation....



Enakknya makan puding roti di petang hari,tambahan pula,puding roti dihidang sejuk..urmm sedapnyaaa.....
Jika ada tetamu yang datang bertandang di rumah pun,puding roti sesuai untuk hidangkan.ia nampak klasik dan mutu tinggi lebih lebih lagi apabila roti yang telak dibakar dicurahkan dengan sos vanilla karamel.
Jom kita lihat resepi istimewa dari kami...

bahan-bahannya adalah :
-Roti
-3 cawan Susu Segar
-2-3 sdb Dr Sweet Stevia Spoonable
-2 biji Telur
-2 sdb Buttercup
-1 sdt Tepung Jagung
-1 sdt Esen Vanilla
-1 tin Susu Cair
-2 sdb Tepung Kastard
-Kismis





cara-caranya adalah :
1)masukkan roti secara lapis-lapis di dalam bekas boleh bakar
2)rendam roti tersebut dengan 3 cawan susu segar
3)kisar bahan seperti telur,buttercup,tepung jagung & esen vanilla
4)bahan yang telah dikisar masukkan ke dlm bekas yang isi roti,kemudian tabur kismis.bakar 160'c 15minit

cara untuk buat sos vanilla karamel :
1)masukkan bahan susu cair,tepung kastard dan Dr Sweet Stevia Spoonable ke dalam periuk dengan api yang kecil.sentiasa kacau.
bila bahan dah sebati dan sedikit pekat,boleh tutup api.

sedia di hidang.lagi enak jika ia sejuk..!!
untuk dapatkan Dr Sweet Stevia Spoonable.anda boleh menghubungi kami di talian 03-21660445

Saturday 9 January 2016

Kempen Makan Secara Sihat..


Dalam usaha menggalakkan rakyat Malaysia mengurangkan pengambilan gula,Kementerian Kesihatan telah menjalankan beberapa inisiatif bagi mendidik rakyat.Ini termasuk Kempen Cara Hidup Sihat yang bermula pada tahun 1991. Kempen ini diterus dan diperkukuhkan sehingga kini melalui pelaksanaan Promosi Makan Secara Sihat (Healthy Eating Promotion).

Pada tahun 1998, Kempen Kurangkan Gula telah dijalankan secara intensif. Pelbagai aktiviti telah dijalankan. Ini termasuk kempen yang disasarkan kepada gerai makanan dengan menggunakan slogan "1 Mencukupi, Kurang Lebih Baik", rundingan dengan hotel, restoran, kantin, kedai kopi, pemegang francais dan katerer, serta penyebaran mesej kurangkan gula melalui risalah, poster dan iklan televisyen.

Tambahan, perundingan dengan industri makanan turut dijalankan. Melalui perundingan ini, industri makanan telah bersetuju untuk mengurangkan kandungan gula dalam produk makanan dan minuman yang mereka keluarkan. Hasilnya, pada hari ini, didapati semakin banyak produk yang kurang kandungan gula boleh didapati di dalam pasaran. Usaha ini diteruskan bagi memastikan pengeluaran produk sebegini dipertingkatkan lagi.

Seiring dengan usaha ini, pelabelan makanan "rendah gula" (low sugar) dan "bebas gula" (sugar free) telah dibenarkan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Mengikut Peraturan-Peraturan ini, makanan "rendah gula" adalah makanan yang mengandungi gula tidak melebihi  5g per 100g atau 2.5g per 100ml. Makanan "bebas gula" pula adalah makanan yang mengandungi gula tidak melebihi 0.5g per 100g atau 100ml. Peraturan-Peraturan Makanan 1985 juga mewajibkan pelabelan kandungan gula dalam minuman sedia diminum.

Usaha juga dilakukan bagi mendidik kanak-kanak sekolah melalui program dan aktiviti yang dijalankan bersama Kementerian Pelajaran Malaysia termasuk melalui mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Mesej bagi mengurangkan pengambilan gula juga merupakan salah satu komponen utama di di dalam Panduan Diet Malaysia.

Pesanan Kementerian Kesihatan Malaysia
1) Makan makanan rendah kandungan gula.alam Panduan Diet Malaysia.
a.    Pilih atau sediakan kuih dan kek yang rendah kandungan gula.
b.    Gantikan manisan pencuci mulut seperti kuih dan kek dengan pilihan yang lebih sihat seperti buah-buahan.
c.    Kurangkan kekerapan mengambil makanan yang bergula.
d.    Elakkan mengambil makanan yang bergula di antara waktu makan utama dan sebelum tidur.
e.    Semak kandungan gula pada senarai ramuan sesuatu produk makanan. Sekiranya gula tersenarai di bahagian awal senarai ramuan, ini menunjukkan gula merupakan komponen utama makanan tersebut.
f.Gantikan gula dengan STEVIA yang asalnya dari daun Stevia Rebaudiana iaitu pemanis semulajadi.

2) Minum minuman yang rendah kandungan gula.
a.    Minumlah air kosong berbanding minuman manis seperti air berkarbonat atau air sirap dan kordial.
b.    Hadkan pengambilan gula atau susu pekat manis atau susu isian pekat manis kepada 1 sudu teh sahaja untuk setiap cawan minuman.
c.    Minta untuk kurangkan gula atau susu pekat manis atau susu isian pekat manis semasa memesan minuman.
d.    Periksa kandungan gula dalam label minuman. Pilih produk berlabel "rendah gula" dan "bebas gula".
e.    Kurangkan kekerapan mengambil minuman yang bergula seperti air berkarbonat, kordial, cendol dan air batu campur (ABC). Gantikan gula dalam minuman harian dengan STEVIA.
f.    Elak mengambil minuman yang bergula di antara hidangan utama dan sebelum tidur.


"Mengamalkan diet seimbang bukannya sukar kerana hanya mengawal apa yang anda makan tetapi apa yang sukar, anda tidak mahu mengubah sikap,"

Untuk mendapatkan produk Dr Sweet Stevia anda boleh menghubungi kami di talian 03-21660445



Friday 8 January 2016


Salam Jumaat,Penghulu segala hari......

Harini admin nak kongsi pada anda resepi Bubur Lambuk Special dari SteviaSugar Corporation..
Bubur lambuk ni mudah disediakan...kita juga boleh masak dengan kuantiti yang banyak..haaa..boleh la sedekah pada jiran sebelah rumah...bawak ofis makan ramai-ramai dengan staff - staff lain pun seronok...

Ok Bahan2 untuk Bubur Lambuk Mudah Dan Sedap (10 orang makan)

1/2 cawan Dr Sweet Extra Virgin Olive Oil
200gram Daging (potong kecil2) 
1/2 cawan Udang Kering (ditumbuk @ blend kasar) 
Segenggam Lobak Masin (hiris nipis2)
3 ulas Bawang Merah (hiris)
2 ulas Bawang Putih (hiris)
2cm Halia (hiris) 
3 beradik (kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga)
1 sudu besar Lada Hitam
Sedikit Halba 
Santan 1 cawan
Garam secukup rasa
1/2 cawan kacang kuda @ kacang tanah
2 pot cawan  Beras

Cara-cara nya ialah :


1) Masukkan Dr Sweet Extra Virgin Olive Oil,tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau. Lepas tu masukkan pula lada hitam, halba dan 3 beradik (kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga)


2) Bila dah garing sikit, tumis pula udang kering dan daging. Kalau macam kering sangat, letak air sikit..pastu sambung tumis semula. Kacau2 sikit pastu masukkan lobak masin. Jangan risau..bila lobak masin ni dah masak, dia tak masin. yang bestnye anda akan rasa kenyal-kenyal sikit.

3) Bila semua dah sebati dan dah masak, periuk tersebut bolehlah di penuhkan dengan air dan beras.air boleh lah letak separuh daripada sukatan beras.

 4) Bila bubur dah hampir masak, last sekali masukkan santan dan garam. Biar seketika dalam 5minit, pastu bolehlah tutup api.

5) Siaplah Homemade Bubur Lambuk Sedap Dan Mudah.















Mudah je kan? Selamat mencuba ^__^

Untuk dapat kan produk Dr Sweet Olive Oil,anda bolehlah menghubungi kami di talian 03-21660445



Thursday 7 January 2016



JOM KITA BER “MASKER”


  
Mencuci muka hanya menghilangkan kotoran di permukaan muka, tetapi tidak di bawah lapisan kulit. Masking ni membantu untuk exfoliates sel-sel kulit yang dah mati dan memastikan pori kita sentiasa bersih. So penggunaan toner, hydratind cleanser, cream akan berfungsi dengan lebih baik sebab pori dah bersih. Best kan??

Yang penting kena la cuci muka dulu…
Ok lepas cuci muka, boleh pakai masker terus, selepas tu baru lah nak pakai toner dan moisturizer ke.

• Untuk kulit normal, boleh pakai 2-3 kali seminggu
• Untuk kulit kering, boleh pakai 1-2 kali seminggu
• Untuk kulit berminyak, boleh pakai 3-5 kali seminggu

Macam mana nak buat masker di rumah? Kita dah biasa dah buat masker putih telur ataupun timun kan..kali ni cuba anda cuba rasai kelainan masker dr Dr Sweet Stevia…..

Senang sahaja…
Perlu ada dua bahan ni sahaja!!
1) Dr Sweet Extra Virgin Olive Oil



2) Dr Sweet GreenVia Stevia Leave Powder




‪#‎campur‬ kan sahaja dua bahan di atas...sapu di muka..tunggu sehingga kering..10minit selepas tu dah boleh cuci muka !!
waaaahhhh memang terasa halus mulus muka kita...betul!!! Tak rugi mencuba......
Untuk membuat pembelian dua produk di atas,anda boleh menghubungi kami di talian 03-21660445 @ whatsapp kami 01123884535

Wednesday 6 January 2016


Simple Dinner untuk malam nanti....Jommm!!          


Jom kita buat menu special & sihat untuk seisi keluarga kita malam ni...ini menu kegemaran anak-anak admin.Bukan nak puji masakan sendiri,tapi anak - anak tak boleh bohong.. anak- anak kata  "sedap sangat ibu..." yang mendengar nya...rasa macam nak melompat lompat...hehe...

Resepi yang saya nak kongsikan ni cukup ringkas dan mudah diperolehi.Yang paling penting ia nya sedap.Puas hati jika kita masak di rumah,Tak perlu lagi makan pasta di restoran yang harga sepinggan pasti mencecah RM 28.Kalau anak admin,pasti sepinggan tidak mencukupi.

Apa yang penting bila kita sendiri yang masak di rumah,kebersihan bahan mentah yang kita sendiri basuh,mencapai tahap kepuasan dan keyakinan diri dan keluarga.Kesihatan pun tidak terjejas.Kita boleh kurangkan garam dan gula untuk kesihatan seisi keluarga.

Jom lihat resepi di bawah :

Spaghetti With Prawns & Garlic Sauce
Oleh: SteviaSugar Corporation.
(hidangan: 4 org)

Bahan bahan:
3 sudu besar Dr Sweet Olive Oil
3 sudu besar butter
4 ulas bawang putih - cincang
2 sudu besar cili benggala merah - potong dadu
2 sudu besar tomato puree
450 gram spaghetti atau tagliatelle
350 gram udang
125 ml double cream
Garam secukup rasa
1/2 sudu teh Dr Sweet Stevia Spoonable
Black pepper
3 sudu besar chopped parsley








                     








Cara cara:
-Panaskan minyak dan mentega dengan api sederhana. Masukkan bawang putih dan cili benggala merah yang sudah dipotong dadu sehingga bawang kekuningan.

-Masukkan tomato puree dan masak dalam 10 minit.

-Rebus spaghetti mengikut masa ditetapkan di bungkusan. Masukkan garam dan Dr Sweet Olive Oil. Toskan.

-Masukkan udang ke dalam sos dan kuatkan api selama 2 minit sambil terus dikacau sehingga udang bertukar warna. Perlahankan api.

-Kemudian tuangkan cream dan masak selama 1 minit sambil dikacau sehingga sos agak pekat. Masukkan garam,lada hitam dan 1/2 sdt Dr Sweet Stevia Spoonable.

-Masukkan spaghetti ke dalam mangkuk hidangan dan tuangkan sos ke atasnya. Taburkan daun parsley. Kacau rata rata dan terus hidang. Boleh juga masukkan spaghetti ke dalam kuali, tabur parsley dan kacau supaya spaghetti bergaul rata dengan sos sebelum dihidangkan.

-Angkat dan terus dihidangkan.
 Untuk mendapatkan produk Dr Sweet Stevia Olive Oil & Dr Sweet Stevia Spoonable..anda boleh hubungi kami di talian 03-21660445 atau whatsapp kami di no. 01123884535.

Tuesday 5 January 2016



!!!!RAKYAT MALAYSIA DALAM BAHAYA!!!!!!!

Mengapa rakyat Malaysia di dalam bahaya???? Ini kerana Malaysia adalah negara paling obes di Asia Tenggara!!!!Masalah obesiti di negara kita adalah di kedudukan yang pertama di ASEAN,dan ke enam di rantau Asia Pasifik.
Menurut kajian,mengapa masalah obesiti berlaku di negara kita adalah kerana,kadar pengambilan gula rayat Malaysia sehari adalah melebihi >> 125gram sehari @ 26 sudu gula sehari ...Ia adalah melebihi kadar pengambilan sepatutnya iaitu : 50 gram @ 10 sudu sehari sahaja.Contoh : Kandungan gula dalam produk harian .....


Air minuman tanpa gas (1.25 liter) - 34 sudu gula
Air Berkabonat ( 1.25 liter) -  36 sudu gula
Minuman Coklat (1 liter) -  44 sudu gula
Bijirin Sarapan (500 gram) - 23 sudu gula
Susu pekat manis  -  35.5 sudu gula
Ubat Batuk botol kecil - 15.8 sudu gula
kek buah-buahan (100 gm)- 8.8 sudu gula

Sumber : Berita Harian 3 october 2013

2/5 daripada kita adalah obesiti
1/5 daripada kita menghidap diabetes
1/4 daripada kita berpotensi mendapat kanser
30% daripada kita menghidap sakit jantung
2/5 kanak-kanak menghidap karies gigi

Kita seharusnya mengambil serius akan masalah obesiti di kalangan remaja. Remaja atau kanak-kanak yang obes selalunya akan menjadi dewasa yang obes.
Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. 


Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.Siapakah yang tergolong dalam obesiti? Orang dewasa? Remaja? Kanak-kanak? Obesiti tidak mengira bangsa, jantina, mahupun umur seseorang. Antara-antara karakteristik masalah obesisiti pada seseorang adalah berat badan sekurang-kurangnya dua kali lebih berat berbanding ukuran ideal, berat badan sekurang-kurangnya 45 kilogram melebihi berat badan sepatutnya, 

Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 40 atau 35 (sila lihat di bawah untuk bagaimana mengira BMI), mengalami beberapa penyakit seperti tekanan darah tinggi atau diabetes (kencing manis), dan gagal mengekalkan berat badan yang sihat dalam jangka panjang sekalipun mengikut diet yang disarankan oleh pakar-pakar pemakanan. Untuk memudahkan lagi seseorang itu mengetahui adakah dia terlibat atau tidak dalam masalah obesiti bolehlah membuat penilaian melalui indeks Jisim Badan(BMI).

Indeks Jisim Badan atau BMI merujuk kepada kadar berat berbanding ketinggian, atau isipadu seseorang. Cara pengiraan Index Jisim Badan adalah seperti berikut:

                                 Berat (kg)

       BMI =     -------------------------------------

                      (Tinggi (m) X Tinggi (m))

• Bawah 18.5 kurang berat

• Antara 18.5 - 22.9 berat yang sihat

• 23 hingga 27.4 agak lebih berat

• 27.5 dan keatas gemuk / obes

Walau bagaimanapun, formula ini tidak boleh digunakan jika anda:

• berusia kurang dari 18 tahun atau lebih 64 tahun

• mengandung atau menyusukan anak

• seorang ahli sukan yang aktif

Kini,produk terhangat di pasaran,Dr Sweet Stevia Drops adalah pemanis semulajadi,juga di kenali sebagai pengganti gula putih.Ia adalah kaedah terbaik menyembuhkan masalah obesiti,kencing manis,darah tinggi dal pelbagai masalah kesihatan.

Dr Sweet Stevia Drops bukanlah ubat ataupun suppliment tetapi pemanis semulajadi yang mampu mencegah dan menyembuhkan pelbagai jenis masalah kesihatan anda.



Untuk maklumat lanjut anda boleh hubungi kami di talian 03-21660445 @ whatsapp kami di talian 01123884535

Jom cegah sebelum parah..!!

Monday 4 January 2016


BAHAYA MINUMAN 3 in 1 !!!!!


Anda suka minum minuman 3 in 1 tak? Anda tahu tak apa risiko yang membahayakan mengambil minuman 3 in 1 ni? Antara salah satunya ialah dalam paket minuman mengandungi gula yang berlebihan selain digembar gemburkan mampu menambah tenaga.
Tujuan kandungan gula ini dilebihkan kerana untuk menghilangkan rasa pahit dalam minuman tersebut. Sering kali terpampang di televisyen akan bahayanya gula berlebihan didalam makanan dan minuman. Gula yang berlebihan boleh menyebabkan peminum mengidap penyakit karies gigi, kencing manis, kerosakan pada gigi dan sebagainya.

Selain kandungan gula yang amat tinggi lebih dari 3 sudu teh, kebanyakkan minuman 3 in 1 menggunakan krimer susu bukan bukan tenusu iaitu yang dihasilkan daripada minyak kelapa sawit. Krimer tersebut merupakan sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan kerana ia boleh menyumbat saluran arteri darah dan seterusnya menyebabkan penyakit koronari jantung dan angin ahmar. Jika anda menghidapi penyakit jantung atau diabetes yang suka meminum minuman 3 in 1 ni secara tidak terkawal boleh menyebabkan penyakit anda menjadi lebih serius.

Gaya hidup masyarakat yang sering sibuk dan terikat dengan dengan jadual kerja harian tambahan pula kosnya yang murah antara RM 1.00 ke RM 2.00 bagi setiap paket menyebabkan minuman 3 in 1 sangat popular kerana mudah dibancuh walaupun ditempat kerja.
Pengambilan minuman ini bukanlah tak dibenarkan, tetapi perlu diambil secara bersederhana dan turut diseimbangkan dengan makanan lain lebih-lebih lagi sesiapa yang menghidapi penyakit kencing manis/diabetes dan penyakit jantung. 

INFO KANDUNGAN MINUMAN 3 IN 1
  • Mengandungi lebih 3 sudu teh gula dalam setiap pek.
  • Gula yang berlebihan bertujuan mengurangkan rasa pahit dalam minuman tersebut.
  • Selain gula, krimer yang digunakan adalah sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan.
  • Turut mengandungi kafein yang menyebabkan rasa berdebar (palpitasi) dan menyukarkan tidur pada waktu malam.
  • Setiap pek turut mengandungi sehingga 200 kalori.
  • Jumlah kalori itu sama dengan 2 keping roti atau sepinggan nasi.
  • Jika diambil 3 paket sehari, ia bersamaan 600 kalori dan turut menyumbang kepada berat badan berlebihan.
  • Kandungan untuk meningkatkan tenaga seperti tongkat ali, kacip fatimah dan ginseng adalah sangat sedikit kerana bahan-bahan itu mahal dan sukar untuk diperolehi
Ada yang mengatakan bahawa minuman 3 in 1 mengandungi kandungan untuk meningkatkan tenaga seperti tongkat ali, kacip fatimah dan ginseng. Hakikat sebenarnya, kandungan tersebut amat sedikit kerana setiap bahan tersebut sangat mahal dan sangat sukar untuk diperolehi. Adalah tidak logik sekiranya satu paket minuman 3 in 1 itu dijual dengan harga RM 1.50 ke RM 2.00 sekiranya kandungan bahan tersebut banyak.


Oleh itu, haruslah kita sedar bahawa nilai kesihatan itu amat tinggi jika dibandingkan dengan wang. Ramai di kalangan kita lebih mementingkan nilai wang dari kesihatan sendiri sekaligus melupakan aspek kesihatan. Memang tidak disangkal, kesibukan memaksa kita, tetapi perlu diingatkan bahawa janganlah kita memandang rendah terhadap kesihatan kita bak kata pepatah sesal dahulu berpendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Kami di SteviaSugar Corporation boleh membantu anda yang mengalami masalah diabetes,mahupun nak elakkan diri dari terkena diabetes,karies gigi ataupun kanser.
Pelbagai produk kami yang sesuai untuk anda dan keluarga.Bukan sahaja mengawal kadar gula dalam darah malah untuk kesihatan seisi keluarga.

Antara produk kami adalah Dr Sweet Stevia Drops (mudah di bawa ke mana sahaja,seperti ke kedai makan ataupun melancong ),Dr Sweet Spoonable (sesuai  digunakan dalam masakan,minuman dan membuat kuih muih),Dr Sweet Goat Milk (susu kambing elok bayi dalam kandungan untuk mengelakkan anak terkena penyakit jaundis dan stevia dalam susu kambing boleh mengelakkan ibu yang mengandung terkena penyakit gestional diabetes),
Dr Sweet Tea (tea yang sudah ada stevia.mudah di bancuh hanya letak air panas sahaja sudah maniss!!!boleh terus minum!!).




Saturday 2 January 2016



DIET ATKINS & STEVIA???

Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat dan lemak di dalam badan.

Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai sumber tenaga


Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut. Prinsip Diet Atkins 'adalah bahawa, dengan menyekat karbohidrat, tubuh kita dipaksa untuk membakar lemak yang disimpan, bukan karbohidrat untuk bahan bakar. Pendekatan Diet Atkins boleh memberi kesan positif kepada kehidupan orang menghadapi risiko berkaitan dengan diabetes, penyakit jantung, dan tekanan darah tinggi. Ia juga boleh mengurangkan masalah gastrousus, dan alahan tertentu, sakit kronik dan lemah sistem imun.

§  Kebanyakan diet anda akan berlapar. Apabila anda melakukan Atkins tidak perlu berlapar.
§  Kebanyakan diet anda masih ketagih makanan karbohidrat tinggi & manis. Apabila anda melakukan Atkins, anda dengan cepat akan belajar bagaimana untuk mengatasi ketagihan anda.
§  Kebanyakan diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun anda mengehadkan makanan berlemak, anda masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula.


Jadi kami di SteviaSugar Corporation akan bantu anda mengurangkan berat anda dengan menggunakan Stevia dalam plan meal Diet Atkins anda.

Untuk pengetahuan anda,bahan utama dalam makanan dan minuman dalam kehidupan seharian kita adalah GULA.

Untuk terus kekal kurus,kita ‘cut-off’ GULA…..dan kita ganti STEVIA….

Siapa yang tak nak kurus,suri rumah mahupun bekerja,semua orang ada impian badan yang diidamkan.Semua orang nak cantik,bukan sahaja kaum wanita,malah lelaki sekarang pun dah mula bina badan,tiada siapa yang mahu perut boroi,peha yang besar mahupun lengan yang besar.


Jadi,hanya titiskan beberapa titik Dr Sweet Stevia Drops dalam pemakanan anda seharian.Tak perlu gula lagi…Drops kami sudah cukup manis hanya dengan beberapa titis sahaja.Ia juga mudah dibawa ke mana sahaja.Misalnya,anda makan di kedai,hanya bawa Stevia Drops yang boleh disimpan dalam poket seluar mahupun handbag anda,dan order air contohnya Tea O’ Kosong…kemudian,hanya titiskan beberapa titis stevia dalam minuman anda..mudah kann!!!Nak bayar air pun jimat 30 sen…



Selain itu,anda juga boleh mencuba produk kami Dr Sweet Tea,yang sememangnya ada stevia dalam uncang teh.Tinggal tuang air panas dan terus minum..jimat pun jimat.1 uncang boleh bancuh 1liter air!! Banyak kann…


Untuk penggunaan gula dalam masakan,anda boleh gantikan dengan produk kami Dr Sweet Spoonable…beberapa sudu sudah boleh jadikan masakan anda manis seperti kita letak gula…ia juga sesuai digunakan dalam pembuatan roti,kek,pudding dan lain-lain…

Produk kami sangat sesuai di semua peringkat umur.Lebih-lebih lagi ibu-ibu yang berpantang tu..nak buat badan balik,jangan risau walaupun anda menyusukan anak,masih boleh menggunakan produk kami untuk anda kembali kurus.Produk kami selamat digunakan kerana ia adalah semulajadi dari Daun Stevia Rebaudiana..

Hubungi kami di 03-21660445 untuk mendapat produk istimewa kami....
Cepat hubungi kami sebelum masa berlalu...berat badan makin bertambah!!!