Salam Satu Malaysia..
Stevia Rebaudiana yang kini popular di kalangan usahawan.Tumbuhan ini adalah bersifat jangka pendek dan boleh hidup selama tiga hingga lima tahun.Ia juga dipanggil 'Sugar Leaf' dan 'Sweet Leaf' kerana kandungan 'steviol glycocide' di dalamnya.Kini,umum tahu yang tumbuhan stevia merupakan tumbuhan yang memberikan 'rasa manis' apabila di masukkan ke dalam mulut,malahan di dakwa mempunyai rasa 300 kali ganda kadar kemanisan dari gula.
Ramai petani di Malaysia yang telah menanam stevia secara 'penanaman kontrak' dengan beberapa syarikat tempatan.Produk stevia ini sangat baik untuk mereka yang menghadapi masalah diabetik.Penanaman boleh dijalankan secara kecil-kecilan,dikeliling rumah ataupun secara kormersial.
Penanaman stevia boleh dibiakkan melalui biji benih secara keratan ataupun dengan kaedah pembiakan kultur tisu.
TANAM STEVIA...MEMANG MUDAH SAHAJA...
ANAK BENIH KERATAN... DISUSUN RATA...
LEPAS MENANAM ...POKOK PERLU DIJAGA.....
MENUAI STEVIA...TUAIAN BERGANDA......
Kami di SteviaSugar Corporation (M) Sdn Bhd menjual biji benih Stevia.Jika anda berminat untuk tanam sendiri dan mendapatkan hasil Stevia anda sendiri,anda boleh hubungi kami di talian 03-21660445 atau whatsapp kami 01123884535 untuk pembelian biji benih Stevia Rebaudiana.
Kuantiti paling sedikit kami jual untuk anda mencuba 25biji benih / pek.....
Monday, 21 March 2016
Monday, 25 January 2016
Kelebihan Dr Sweet Goat Milk dari SteviaSugar Corporation
Rata -rata sebahagian rakyat di Malaysia mengambil sarapan dengan segelas kopi ataupun teh supaya kehidupan seharian lebih bertenaga.Namun, tidakkah anda pernah mencuba minum susu kambing di pagi hari? Untuk pengetahuan anda,susu kambing memiliki banyak manfaat untuk kesihatan kita semua.Disamping itu,susu kambing juga adalah minuman terbaik di dunia selepas susu ibu.Susu kambing juga mudah dihadam berbanding dengan susu lembu,kerana ia memerlukan hanya 20minit untuk dihadam berbanding susu lembu proses penghadaman mengambil masa 2jam!Jadi disini,susu kambing lebih berkhasiat daripada susu lembu.
Susu kambing merupakan susu yang dihasilkan dari kambing betina setelah melahirkan. Sama seperti dengan manusia, dalam jangka waktu 1-3 hari kambing betina tersebut akan menghasilkan susu kolostrum yang kaya dengan zat gizi. Meskipun susu kambing belum cukup popular di luar negara, namun yang harus anda ketahui adalah susu kambing memiliki kualitas yang tinggi serta kaya akan vitamin seperti, Vitamin A, Vitamin B, Vitamin B2, Vitamin C, Vitamin D, laktosa, nitrogen, kalsium, zat besi, fosfor dan juga protein. Sehingga susu kambing sangat baik untuk kita demi menjaga kesihatan tubuh dalam seharian.
Kami di SteviaSugar Corporation telah mengeluarkan satu susu kambing yang sangat istimewa dan terlaris di pasaran.Buat masa kini,penjualan sehari boleh mencecah 200 tin susu kambing !! Susu kambing dari SteviaSugar Corporation amat berbeza berbanding produk susu kambing di luar kerana kami menjaga kualiti produk kami supaya ia dapat memuaskan hati pihak pengguna.Susu kambing dari kami juga bukan sahaja sesuai diminum oleh golongan dewasa malah kanak-kanak juga sesuai..
.
Kelebihan susu kambing kami,(Dr Sweet Goat Milk) daripada susu kambing yang dikeluarkan oleh syarikat lain ialah kerana susu kambing kami dicampur dengan stevia,iaitu,pemanis semulajadi tanpa kalori terbaik daripada tumbuhan Stevia Rebaudiana.Stevia sangat berguna untuk pesakit diabetis,tekanan darah tinggi,gusi dan gigi,penghadaman,penjagaan kulit,penagihan dan tonik kardio.Dr Sweet Goat Milk juga tidak mempunyai bau hamis kambing malah enak diminum setiap masa.
Untuk mendapatkan produk Dr Sweet Goat Milk kami yang laris di pasaran,anda boleh menghubungi kami di talian 03-21660445 atau anda boleh membuat pesanan dengan menghantar email pd kami di info@stevia.com.my
Thursday, 21 January 2016
MANFAAT TEH YANG PATUT DEKETAHUI OLEH SEMUA
Menikmati teh bukanlah suatu yang asing bagi sebahagian penduduk dunia. Teh menjadi pilihan untuk dinikmati tidak kira waktu pagi, petang ataupun malam dari tempat mewah hingga ke warung-warung di tepi-tepi jalan.
Bangsa Inggeris mempunyai kebiasaan minum teh pada waktu petang. Tradisi yang dipanggil ´evening tea´ ini kebiasaannya dilakukan sekitar jam 5.00 petang. Segala kegiatan apabila masuk waktu tersebut perlu dipenuhi dengan acara minum teh.
Dikatakan amalan ini diperkenalkan oleh Duchess of Bedford pada tahun 1788. Beliau mengundang teman-temannya untuk minum teh pada setiap pukul 5.00 petang di Belvoir Castle. Kebiasaan itu pula dilakukan oleh teman-temannya bersama keluarga mereka. Maka tersebarlah tradisi minum teh pada waktu petang.
Manakala istilah ´teh tarik´ pula begitu sinonim dengan rakyat Malaysia. Teh tarik ialah teh yang dicampur dengan susu, kemudian dituang dari satu gelas ke gelas yang lain setinggi mungkin seperti air yang sedang ditarik. Dikatakan Marie de Rabutin Chantal dan Marquise de Seven adalah antara orang yang pertama yang mencampurkan susu ke dalam teh.
Masyarakat Jepun terkenal mempunyai upacara minum teh yang khas dan unik. Malah, tradisi itu diajar di sekolah dan menjadi sebahagian dari kurikulum pendidikan mereka. Di Jepun, teh juga digunakan sebagai minuman penenang ketika bermeditasi.
Teh diolah dengan pelbagai aroma dan campuran seperti teh halia, teli herba, teh hijau, teh chamomile dan lain-lain menjadikan ia bertambah enak untuk dinikmati.
Di sebalik kenikmatan dan kelazatan teh, terkandung juga khasiat yang menyihatkan badan dan mampu mencegah dari serangan penyakit terutama sekali teh hijau. Banyak kajian telah membuktikan antioksidan yang terdapat dalam teh dapat melindungi tubuh daripada penyakit tertentu seperti masalah kardiovaskular, stroke dan kanser. Flanovoid iaitu sejenis antioksidan yang terdapat dalam 3 cawan teh adalah lapan kali lebih kuat dari yang diperoleh daripada sebiji epal.
Sehubungan dengan itu,kami dari SteviaSugar Corporation mempunyai produk teh yang sangat istimewa iaitu DR SWEET TEA,dimana ia amat sesuai untuk anda menikmati seisi keluarga.
Berikut adalah khasiat DR SWEET TEA dari SteviaSugar Corporation secara ringkas :
- Mengurangkan berat badan
- Menurunkan kadar gula dalam darah
- Mengurangkan risiko karies gigi
- Meningkatkan pengeluaran peluh
- Seimbangkan tekanan darah tinggi,membantu penghidap diabetis
- Membersihkan buah pinggang dan usu serta mencegah kanser perut
- Mencegah kanser
- Mengandungi Flavonoids :antioksida yang kuat,mencegah kanser
- Kandungan Vitamin C yang tinggi
Bersama kita sebarkan kebaikan Dr Sweet Tea yang sangat istimewa dari kami!!
Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang produk-produk kami,anda boleh melayari laman web di www.stevia.com.my atau untuk pembelian anda boleh menghubungi kami di talian 03-21660445
Tuesday, 19 January 2016
Resepi Puding Roti yang sihat
dari SteviaSugar Corporation....
Enakknya makan puding roti di petang hari,tambahan pula,puding roti dihidang sejuk..urmm sedapnyaaa.....
Jika ada tetamu yang datang bertandang di rumah pun,puding roti sesuai untuk hidangkan.ia nampak klasik dan mutu tinggi lebih lebih lagi apabila roti yang telak dibakar dicurahkan dengan sos vanilla karamel.
Jom kita lihat resepi istimewa dari kami...
bahan-bahannya adalah :
-Roti
-3 cawan Susu Segar
-2-3 sdb Dr Sweet Stevia Spoonable
-2 biji Telur
-2 sdb Buttercup
-1 sdt Tepung Jagung
-1 sdt Esen Vanilla
-1 tin Susu Cair
-2 sdb Tepung Kastard
-Kismis
-3 cawan Susu Segar
-2-3 sdb Dr Sweet Stevia Spoonable
-2 biji Telur
-2 sdb Buttercup
-1 sdt Tepung Jagung
-1 sdt Esen Vanilla
-1 tin Susu Cair
-2 sdb Tepung Kastard
-Kismis
cara-caranya adalah :
1)masukkan roti secara lapis-lapis di dalam bekas boleh bakar
2)rendam roti tersebut dengan 3 cawan susu segar
3)kisar bahan seperti telur,buttercup,tepung jagung & esen vanilla
4)bahan yang telah dikisar masukkan ke dlm bekas yang isi roti,kemudian tabur kismis.bakar 160'c 15minit
2)rendam roti tersebut dengan 3 cawan susu segar
3)kisar bahan seperti telur,buttercup,tepung jagung & esen vanilla
4)bahan yang telah dikisar masukkan ke dlm bekas yang isi roti,kemudian tabur kismis.bakar 160'c 15minit
cara untuk buat sos vanilla karamel :
1)masukkan bahan susu cair,tepung kastard dan Dr Sweet Stevia Spoonable ke dalam periuk dengan api yang kecil.sentiasa kacau.
bila bahan dah sebati dan sedikit pekat,boleh tutup api.
1)masukkan bahan susu cair,tepung kastard dan Dr Sweet Stevia Spoonable ke dalam periuk dengan api yang kecil.sentiasa kacau.
bila bahan dah sebati dan sedikit pekat,boleh tutup api.
sedia di hidang.lagi enak jika ia sejuk..!!
untuk dapatkan Dr Sweet Stevia Spoonable.anda boleh menghubungi kami di talian 03-21660445
untuk dapatkan Dr Sweet Stevia Spoonable.anda boleh menghubungi kami di talian 03-21660445
Saturday, 9 January 2016
Kempen Makan Secara Sihat..
Dalam usaha menggalakkan rakyat Malaysia mengurangkan
pengambilan gula,Kementerian Kesihatan telah menjalankan beberapa inisiatif bagi
mendidik rakyat.Ini termasuk Kempen Cara Hidup Sihat yang bermula pada tahun
1991. Kempen ini
diterus dan diperkukuhkan sehingga kini melalui pelaksanaan Promosi Makan
Secara Sihat (Healthy Eating Promotion).
Pada tahun 1998, Kempen Kurangkan Gula telah dijalankan
secara intensif. Pelbagai aktiviti telah dijalankan. Ini termasuk kempen yang
disasarkan kepada gerai makanan dengan menggunakan slogan "1 Mencukupi,
Kurang Lebih Baik", rundingan dengan hotel, restoran, kantin, kedai kopi,
pemegang francais dan katerer, serta penyebaran mesej kurangkan gula melalui
risalah, poster dan iklan televisyen.
Tambahan, perundingan dengan industri makanan turut
dijalankan. Melalui perundingan ini, industri makanan telah bersetuju untuk
mengurangkan kandungan gula dalam produk makanan dan minuman yang mereka
keluarkan. Hasilnya, pada hari ini, didapati semakin banyak produk yang kurang
kandungan gula boleh didapati di dalam pasaran. Usaha ini diteruskan bagi
memastikan pengeluaran produk sebegini dipertingkatkan lagi.
Seiring dengan usaha ini, pelabelan makanan "rendah
gula" (low sugar) dan "bebas gula" (sugar free) telah dibenarkan
di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Mengikut Peraturan-Peraturan ini,
makanan "rendah gula" adalah makanan yang mengandungi gula tidak
melebihi 5g per 100g atau 2.5g per 100ml.
Makanan "bebas gula" pula adalah makanan yang mengandungi gula tidak
melebihi 0.5g per 100g atau 100ml. Peraturan-Peraturan Makanan 1985 juga
mewajibkan pelabelan kandungan gula dalam minuman sedia diminum.
Usaha juga dilakukan bagi mendidik kanak-kanak sekolah
melalui program dan aktiviti yang dijalankan bersama Kementerian Pelajaran
Malaysia termasuk melalui mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
Mesej bagi mengurangkan pengambilan gula juga merupakan salah satu komponen
utama di di dalam Panduan Diet Malaysia.
Pesanan Kementerian Kesihatan Malaysia
1) Makan makanan rendah kandungan gula.alam Panduan Diet Malaysia.
a. Pilih atau sediakan kuih dan kek yang
rendah kandungan gula.
b. Gantikan manisan pencuci mulut seperti kuih dan kek dengan pilihan yang lebih sihat seperti buah-buahan.
c. Kurangkan kekerapan mengambil makanan yang bergula.
d. Elakkan mengambil makanan yang bergula di antara waktu makan utama dan sebelum tidur.
e. Semak kandungan gula pada senarai ramuan sesuatu produk makanan. Sekiranya gula tersenarai di bahagian awal senarai ramuan, ini menunjukkan gula merupakan komponen utama makanan tersebut.
b. Gantikan manisan pencuci mulut seperti kuih dan kek dengan pilihan yang lebih sihat seperti buah-buahan.
c. Kurangkan kekerapan mengambil makanan yang bergula.
d. Elakkan mengambil makanan yang bergula di antara waktu makan utama dan sebelum tidur.
e. Semak kandungan gula pada senarai ramuan sesuatu produk makanan. Sekiranya gula tersenarai di bahagian awal senarai ramuan, ini menunjukkan gula merupakan komponen utama makanan tersebut.
f.Gantikan gula dengan STEVIA yang asalnya
dari daun Stevia Rebaudiana iaitu pemanis semulajadi.
2) Minum minuman yang rendah kandungan gula.
a. Minumlah air kosong berbanding minuman
manis seperti air berkarbonat atau air sirap dan kordial.
b. Hadkan pengambilan gula atau susu pekat manis atau susu isian pekat manis kepada 1 sudu teh sahaja untuk setiap cawan minuman.
c. Minta untuk kurangkan gula atau susu pekat manis atau susu isian pekat manis semasa memesan minuman.
d. Periksa kandungan gula dalam label minuman. Pilih produk berlabel "rendah gula" dan "bebas gula".
e. Kurangkan kekerapan mengambil minuman yang bergula seperti air berkarbonat, kordial, cendol dan air batu campur (ABC). Gantikan gula dalam minuman harian dengan STEVIA.
f. Elak mengambil minuman yang bergula di antara hidangan utama dan sebelum tidur.
b. Hadkan pengambilan gula atau susu pekat manis atau susu isian pekat manis kepada 1 sudu teh sahaja untuk setiap cawan minuman.
c. Minta untuk kurangkan gula atau susu pekat manis atau susu isian pekat manis semasa memesan minuman.
d. Periksa kandungan gula dalam label minuman. Pilih produk berlabel "rendah gula" dan "bebas gula".
e. Kurangkan kekerapan mengambil minuman yang bergula seperti air berkarbonat, kordial, cendol dan air batu campur (ABC). Gantikan gula dalam minuman harian dengan STEVIA.
f. Elak mengambil minuman yang bergula di antara hidangan utama dan sebelum tidur.
"Mengamalkan diet seimbang bukannya sukar kerana hanya mengawal apa yang anda makan tetapi apa yang sukar, anda tidak mahu mengubah sikap,"
Untuk mendapatkan produk Dr Sweet Stevia anda boleh menghubungi kami di talian 03-21660445
Friday, 8 January 2016
Salam Jumaat,Penghulu segala hari......
Harini admin nak kongsi pada anda resepi Bubur Lambuk Special dari SteviaSugar Corporation..
Bubur lambuk ni mudah disediakan...kita juga boleh masak dengan kuantiti yang banyak..haaa..boleh la sedekah pada jiran sebelah rumah...bawak ofis makan ramai-ramai dengan staff - staff lain pun seronok...
Ok Bahan2 untuk Bubur Lambuk Mudah Dan Sedap (10 orang makan)
1/2 cawan Dr Sweet Extra Virgin Olive Oil
200gram Daging (potong kecil2)
1/2 cawan Udang Kering (ditumbuk @ blend kasar)
Segenggam Lobak Masin (hiris nipis2)
3 ulas Bawang Merah (hiris)
2 ulas Bawang Putih (hiris)
2cm Halia (hiris)
3 beradik (kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga)
1 sudu besar Lada Hitam
Sedikit Halba
Santan 1 cawan
Garam secukup rasa
1/2 cawan kacang kuda @ kacang tanah
2 pot cawan Beras
Cara-cara nya ialah :
1) Masukkan Dr Sweet Extra Virgin Olive Oil,tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau. Lepas tu masukkan pula lada hitam, halba dan 3 beradik (kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga)
2) Bila dah garing sikit, tumis pula udang kering dan daging. Kalau macam kering sangat, letak air sikit..pastu sambung tumis semula. Kacau2 sikit pastu masukkan lobak masin. Jangan risau..bila lobak masin ni dah masak, dia tak masin. yang bestnye anda akan rasa kenyal-kenyal sikit.
3) Bila semua dah sebati dan dah masak, periuk tersebut bolehlah di penuhkan dengan air dan beras.air boleh lah letak separuh daripada sukatan beras.
4) Bila bubur dah hampir masak, last sekali masukkan santan dan garam. Biar seketika dalam 5minit, pastu bolehlah tutup api.
5) Siaplah Homemade Bubur Lambuk Sedap Dan Mudah.
Mudah je kan? Selamat mencuba ^__^
Untuk dapat kan produk Dr Sweet Olive Oil,anda bolehlah menghubungi kami di talian 03-21660445
Thursday, 7 January 2016
JOM KITA BER “MASKER”
Mencuci muka hanya menghilangkan kotoran di permukaan muka, tetapi tidak di bawah lapisan kulit. Masking ni membantu untuk exfoliates sel-sel kulit yang dah mati dan memastikan pori kita sentiasa bersih. So penggunaan toner, hydratind cleanser, cream akan berfungsi dengan lebih baik sebab pori dah bersih. Best kan??
Yang penting kena la cuci muka dulu…
Ok lepas cuci muka, boleh pakai masker terus, selepas tu baru lah nak pakai toner dan moisturizer ke.
Ok lepas cuci muka, boleh pakai masker terus, selepas tu baru lah nak pakai toner dan moisturizer ke.
• Untuk kulit normal, boleh pakai 2-3 kali seminggu
• Untuk kulit kering, boleh pakai 1-2 kali seminggu
• Untuk kulit berminyak, boleh pakai 3-5 kali seminggu
Macam mana nak buat masker di rumah? Kita dah biasa dah buat masker putih telur ataupun timun kan..kali ni cuba anda cuba rasai kelainan masker dr Dr Sweet Stevia…..
Senang sahaja…
Perlu ada dua bahan ni sahaja!!
#campur kan sahaja dua bahan di atas...sapu di muka..tunggu sehingga kering..10minit selepas tu dah boleh cuci muka !!
waaaahhhh memang terasa halus mulus muka kita...betul!!! Tak rugi mencuba......
Untuk membuat pembelian dua produk di atas,anda boleh menghubungi kami di talian 03-21660445 @ whatsapp kami 01123884535
Untuk membuat pembelian dua produk di atas,anda boleh menghubungi kami di talian 03-21660445 @ whatsapp kami 01123884535
Subscribe to:
Posts (Atom)