Kempen Makan Secara Sihat..
Dalam usaha menggalakkan rakyat Malaysia mengurangkan
pengambilan gula,Kementerian Kesihatan telah menjalankan beberapa inisiatif bagi
mendidik rakyat.Ini termasuk Kempen Cara Hidup Sihat yang bermula pada tahun
1991. Kempen ini
diterus dan diperkukuhkan sehingga kini melalui pelaksanaan Promosi Makan
Secara Sihat (Healthy Eating Promotion).
Pada tahun 1998, Kempen Kurangkan Gula telah dijalankan
secara intensif. Pelbagai aktiviti telah dijalankan. Ini termasuk kempen yang
disasarkan kepada gerai makanan dengan menggunakan slogan "1 Mencukupi,
Kurang Lebih Baik", rundingan dengan hotel, restoran, kantin, kedai kopi,
pemegang francais dan katerer, serta penyebaran mesej kurangkan gula melalui
risalah, poster dan iklan televisyen.
Tambahan, perundingan dengan industri makanan turut
dijalankan. Melalui perundingan ini, industri makanan telah bersetuju untuk
mengurangkan kandungan gula dalam produk makanan dan minuman yang mereka
keluarkan. Hasilnya, pada hari ini, didapati semakin banyak produk yang kurang
kandungan gula boleh didapati di dalam pasaran. Usaha ini diteruskan bagi
memastikan pengeluaran produk sebegini dipertingkatkan lagi.
Seiring dengan usaha ini, pelabelan makanan "rendah
gula" (low sugar) dan "bebas gula" (sugar free) telah dibenarkan
di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Mengikut Peraturan-Peraturan ini,
makanan "rendah gula" adalah makanan yang mengandungi gula tidak
melebihi 5g per 100g atau 2.5g per 100ml.
Makanan "bebas gula" pula adalah makanan yang mengandungi gula tidak
melebihi 0.5g per 100g atau 100ml. Peraturan-Peraturan Makanan 1985 juga
mewajibkan pelabelan kandungan gula dalam minuman sedia diminum.
Usaha juga dilakukan bagi mendidik kanak-kanak sekolah
melalui program dan aktiviti yang dijalankan bersama Kementerian Pelajaran
Malaysia termasuk melalui mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
Mesej bagi mengurangkan pengambilan gula juga merupakan salah satu komponen
utama di di dalam Panduan Diet Malaysia.
Pesanan Kementerian Kesihatan Malaysia
1) Makan makanan rendah kandungan gula.alam Panduan Diet Malaysia.
a. Pilih atau sediakan kuih dan kek yang
rendah kandungan gula.
b. Gantikan manisan pencuci mulut seperti kuih dan kek dengan pilihan yang lebih sihat seperti buah-buahan.
c. Kurangkan kekerapan mengambil makanan yang bergula.
d. Elakkan mengambil makanan yang bergula di antara waktu makan utama dan sebelum tidur.
e. Semak kandungan gula pada senarai ramuan sesuatu produk makanan. Sekiranya gula tersenarai di bahagian awal senarai ramuan, ini menunjukkan gula merupakan komponen utama makanan tersebut.

f.Gantikan gula dengan STEVIA yang asalnya
dari daun Stevia Rebaudiana iaitu pemanis semulajadi.
2) Minum minuman yang rendah kandungan gula.
a. Minumlah air kosong berbanding minuman
manis seperti air berkarbonat atau air sirap dan kordial.
b. Hadkan pengambilan gula atau susu pekat manis atau susu isian pekat manis kepada 1 sudu teh sahaja untuk setiap cawan minuman.
c. Minta untuk kurangkan gula atau susu pekat manis atau susu isian pekat manis semasa memesan minuman.
d. Periksa kandungan gula dalam label minuman. Pilih produk berlabel "rendah gula" dan "bebas gula".
e. Kurangkan kekerapan mengambil minuman yang bergula seperti air berkarbonat, kordial, cendol dan air batu campur (ABC). Gantikan gula dalam minuman harian dengan STEVIA.
f. Elak mengambil minuman yang bergula di antara hidangan utama dan sebelum tidur.

"Mengamalkan diet seimbang bukannya sukar kerana hanya mengawal apa yang anda makan tetapi apa yang sukar, anda tidak mahu mengubah sikap,"
Untuk mendapatkan produk Dr Sweet Stevia anda boleh menghubungi kami di talian 03-21660445
No comments:
Post a Comment