BAHAYA MINUMAN 3 in 1 !!!!!
Anda suka minum minuman 3 in 1 tak? Anda tahu tak apa risiko
yang membahayakan mengambil minuman 3 in 1 ni? Antara salah satunya ialah dalam
paket minuman mengandungi gula yang berlebihan selain digembar gemburkan mampu
menambah tenaga.
Tujuan kandungan gula ini dilebihkan kerana untuk menghilangkan
rasa pahit dalam minuman tersebut. Sering kali terpampang di televisyen akan
bahayanya gula berlebihan didalam makanan dan minuman. Gula yang
berlebihan boleh menyebabkan peminum mengidap penyakit karies gigi, kencing
manis, kerosakan pada gigi dan sebagainya.
Selain kandungan gula yang amat tinggi lebih dari 3 sudu
teh, kebanyakkan minuman 3 in 1 menggunakan krimer susu bukan bukan tenusu
iaitu yang dihasilkan daripada minyak kelapa sawit. Krimer tersebut merupakan
sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan kerana ia boleh menyumbat
saluran arteri darah dan seterusnya menyebabkan penyakit koronari jantung dan
angin ahmar. Jika anda menghidapi penyakit jantung atau diabetes yang suka
meminum minuman 3 in 1 ni secara tidak terkawal boleh menyebabkan penyakit anda
menjadi lebih serius.
Gaya hidup masyarakat yang sering sibuk dan terikat dengan
dengan jadual kerja harian tambahan pula kosnya yang murah antara RM 1.00 ke RM
2.00 bagi setiap paket menyebabkan minuman 3 in 1 sangat popular kerana mudah
dibancuh walaupun ditempat kerja.
Pengambilan minuman ini bukanlah tak dibenarkan, tetapi
perlu diambil secara bersederhana dan turut diseimbangkan dengan makanan lain
lebih-lebih lagi sesiapa yang menghidapi penyakit kencing manis/diabetes dan
penyakit jantung.
INFO KANDUNGAN MINUMAN 3 IN 1
- Mengandungi
lebih 3 sudu teh gula dalam setiap pek.
- Gula
yang berlebihan bertujuan mengurangkan rasa pahit dalam minuman tersebut.
- Selain
gula, krimer yang digunakan adalah sejenis lemak tepu yang boleh
membahayakan kesihatan.
- Turut
mengandungi kafein yang menyebabkan rasa berdebar (palpitasi) dan
menyukarkan tidur pada waktu malam.
- Setiap
pek turut mengandungi sehingga 200 kalori.
- Jumlah
kalori itu sama dengan 2 keping roti atau sepinggan nasi.
- Jika
diambil 3 paket sehari, ia bersamaan 600 kalori dan turut menyumbang
kepada berat badan berlebihan.
- Kandungan
untuk meningkatkan tenaga seperti tongkat ali, kacip fatimah dan ginseng
adalah sangat sedikit kerana bahan-bahan itu mahal dan sukar untuk
diperolehi
Ada yang mengatakan bahawa minuman 3 in 1 mengandungi
kandungan untuk meningkatkan tenaga seperti tongkat ali, kacip fatimah dan
ginseng. Hakikat sebenarnya, kandungan tersebut amat sedikit kerana setiap
bahan tersebut sangat mahal dan sangat sukar untuk diperolehi. Adalah tidak
logik sekiranya satu paket minuman 3 in 1 itu dijual dengan harga RM 1.50 ke RM
2.00 sekiranya kandungan bahan tersebut banyak.
Oleh itu, haruslah kita sedar bahawa nilai kesihatan itu
amat tinggi jika dibandingkan dengan wang. Ramai di kalangan kita lebih
mementingkan nilai wang dari kesihatan sendiri sekaligus melupakan aspek
kesihatan. Memang tidak disangkal, kesibukan memaksa kita, tetapi perlu
diingatkan bahawa janganlah kita memandang rendah terhadap kesihatan kita bak
kata pepatah sesal dahulu berpendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
Kami di SteviaSugar Corporation boleh membantu anda yang mengalami masalah diabetes,mahupun nak elakkan diri dari terkena diabetes,karies gigi ataupun kanser.
Pelbagai produk kami yang sesuai untuk anda dan keluarga.Bukan sahaja mengawal kadar gula dalam darah malah untuk kesihatan seisi keluarga.
Antara produk kami adalah Dr Sweet Stevia Drops (mudah di bawa ke mana sahaja,seperti ke kedai makan ataupun melancong ),Dr Sweet Spoonable (sesuai digunakan dalam masakan,minuman dan membuat kuih muih),Dr Sweet Goat Milk (susu kambing elok bayi dalam kandungan untuk mengelakkan anak terkena penyakit jaundis dan stevia dalam susu kambing boleh mengelakkan ibu yang mengandung terkena penyakit gestional diabetes),
Dr Sweet Tea (tea yang sudah ada stevia.mudah di bancuh hanya letak air panas sahaja sudah maniss!!!boleh terus minum!!).
Antara produk kami adalah Dr Sweet Stevia Drops (mudah di bawa ke mana sahaja,seperti ke kedai makan ataupun melancong ),Dr Sweet Spoonable (sesuai digunakan dalam masakan,minuman dan membuat kuih muih),Dr Sweet Goat Milk (susu kambing elok bayi dalam kandungan untuk mengelakkan anak terkena penyakit jaundis dan stevia dalam susu kambing boleh mengelakkan ibu yang mengandung terkena penyakit gestional diabetes),
Dr Sweet Tea (tea yang sudah ada stevia.mudah di bancuh hanya letak air panas sahaja sudah maniss!!!boleh terus minum!!).
No comments:
Post a Comment